hartapusaka.my
Kalkulator Harta Pusaka

Kalkulator Harta Pusaka

Kira pembahagian harta pusaka mengikut Faraid dalam beberapa langkah mudah. Kiraan berlaku sepenuhnya dalam peranti anda โ€” tiada data waris dihantar atau disimpan pada server.

Langkah 1/3

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4

Langkah 1: Aset & Hutang

Pilih laluan pembahagian, nyatakan jantina si mati (jika berkenaan) dan nilai kasar harta. Semua medan RM adalah anggaran โ€” boleh disemak semula kemudian.

Jantina si mati

Nilai keseluruhan harta si mati sebelum sebarang potongan.

โ€บApa itu "Jumlah Aset Kasar"?

Nilai keseluruhan harta si mati SEBELUM sebarang potongan โ€” termasuk harta alih (wang tunai, simpanan, kenderaan, saham) dan harta tak alih (tanah, rumah), pada nilai pasaran semasa kematian.

  • Jangan tolak hutang atau kos pengebumian di sini โ€” field itu berasingan di bawah.
  • Jika harta termasuk bahagian bersama pasangan (harta sepencarian), masukkan nilai PENUH dahulu โ€” sistem menolak bahagian pasangan secara berasingan pada field seterusnya.
  • Nilai hartanah biasanya berdasarkan penilaian JPPH atau harga pasaran semasa.

Bahagian pasangan hidup โ€” dipotong dahulu (pilihan).

โ€บApa itu "Harta Sepencarian"?

Bahagian pasangan yang masih hidup daripada harta yang diperoleh BERSAMA semasa perkahwinan โ€” ditolak dahulu sebelum baki dikira sebagai harta pusaka untuk faraid.

  • Tiada kadar tetap โ€” Mahkamah Syariah menentukan ikut sumbangan sebenar (lazimnya sekitar 1/3 hingga 1/2).
  • Kosongkan (RM0) jika belum ada tuntutan/perintah mahkamah โ€” anda masih boleh kira faraid tanpa ini.
  • Pasangan tetap menerima bahagian faraid berasingan selepas ini, sebagai waris furudh.

Pilihan.

โ€บApa itu "Kos Pengebumian"?

Perbelanjaan menguruskan jenazah dan pengebumian/pembakaran โ€” item PERTAMA yang dibayar daripada aset estet, sebelum hutang atau kos lain.

  • Kosongkan jika kos ini ditanggung sepenuhnya secara peribadi oleh keluarga, bukan daripada aset estet.

Pilihan.

โ€บApa itu "Hutang Si Mati"?

Pinjaman peribadi, pinjaman perumahan/kereta, baki kad kredit, tunggakan cukai โ€” semua liabiliti si mati yang belum dijelaskan semasa hayatnya.

  • Dibayar daripada aset estet, BUKAN daripada poket peribadi waris.
  • Jika hutang melebihi jumlah aset, estet dianggap insolven โ€” kes ini di luar skop kiraan automatik, rujuk peguam/Mahkamah.

Pilihan.

โ€บApa itu "Kos Pentadbiran Estet"?

Fi guaman, fi penilaian hartanah (JPPH), kos pindah milik dan dokumen โ€” perbelanjaan menguruskan estet sehingga selesai diagihkan.

Dihadkan automatik โ‰ค 1/3 baki (pilihan).

โ€บApa itu "Wasiat"?

Jumlah yang diwasiatkan si mati semasa hayatnya โ€” dihadkan secara automatik kepada MAKSIMUM 1/3 daripada baki bersih (selepas kos & hutang) bagi pewasiat Muslim.

  • Baki (sekurang-kurangnya 2/3) tetap diagihkan mengikut faraid, tanpa mengira kandungan wasiat.
  • Lebihan daripada 1/3 memerlukan persetujuan semua waris โ€” kalkulator ini hanya mengira had automatik 1/3.

Peringatan: Kalkulator dan kandungan di laman ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan pengganti nasihat guaman, mufti, atau perintah rasmi Mahkamah Syariah/Sivil. Sila rujuk pihak berkuasa berkaitan untuk kes sebenar anda.

Khairul Azahar Sharriffuddin

Khairul Azahar Sharriffuddin

webmaster.my

Ada soalan atau maklum balas tentang hartapusaka.my? Hantar mesej terus melalui WhatsApp.

Mulakan Chat